BERNAMA, jam 15.56pm(3.56) 1 Disember, 2007, menyiarkan berita Dato’ Deris bercakap di kampungnya di Besut. Tajuk beritanya adalah “Penganjuran Acara Bertaraf Antarabangsa Berjaya Promosikan Terengganu”. Bukan main hebat tajuk tu, tapi cakap dengan orang kampong bolehlah Dato’ Deris ooii…..
Kenyataan tu kenyataan lucu. Main tembak, untuk ‘chong’ orang kampong. Orang kampong yang kurang maklumat, yang baca hanya akhbar-akhbar cetak media utama. Yang tengok TV yang jadi agen propaganda kerajaan. Berita-berita media utama semuanya dilapor oleh pelapor-pelapor yang diupah untuk melaporkan berita pro-kerajaan sahaja. Seorang rakan media memberitahu, dia malu menjadi orang
Ada
Bukanlah kita nak angkat media-media Barat. Tapi kenyataannya dari segi kewartawanan, etika mereka lebih baik dari
Kawan-kawan media beritahu, semuanya ada mereka tulis. Tapi tak pernah keluar. Malah diantara mereka yang menjadi marahan, sumpahan dan menerima ugutan dari ketua-ketua pengarang mereka yang diupah dan dikawal oleh UMNO dan Barisan Nasional di Kuala Lumpur.
Kita semua pun agak hairan juga. Jikalau Monsoon Cup ni benar-benar antarabangsa, mestilah berita ‘hebatnya’ akan disampaikan ke tujuh benua. Tetapi mana ‘media centre’ nya. Mana pusat media antarabangsanya. Ke pakai UKOM jer !
Takkanlah tidak di war-warkan oleh Dato’ Deris! Mustahil! Kutip sampah pun jadi rekod
Mungkin Pak :Lah yang salah. Tersilap pilih sukan yang tak popular atau sengaja memilih sukan yang tak popular. Untuk bantu nelayan konon. Nak meningkatkan pendapatan nelayan di musim tengkujoh. Ye lah tu. Si Stephanie Khoo yang jadi kapten pasukan Monsoon Cup
Kalau nak bercakap tu, biarlah buat sungguh-sungguh Pak Lah! Kononnya pantang dicabar? Dari dulu memang ramai yang tahu, Dato’ Deris memang tak berapa terlibat dengan perancangan Monsoon Cup. Yang jadi ‘runner’ bagi mengaturkan segala-galanya adalah si Patrick Lim. Cukuplah Dato Deris, jangan biarkan si Patrick Lim tu heret kemana dia nak bawa. Nampak masa majlis perasmian hari tu pun si Patrick duk heret Dato’ Deris ke
Memang sukan perahu layar ni tak popular. Bagi orang kampong, nak tunggu berjam-jam gasing berpusing pun dah bosan. Tapi main gasing ramai yang berahi. Sebab ia berakar umbi dari seni tradisi tempatan.
Sebab itulah kalau kita cari, mana-mana ‘sports news international’ – berita sukan antarabangsa melalui media sekarang le ni, tak jumpa pun pasal Monsoon Cup. Dalam ESPN yang di gembar-gemburkan menjadi media ‘Monsoon Cup International’ pun meletakkan Monsoon Cup ini dalam kolum ‘other sport’ – sukan-sukan lain selepas bolasepak, Formula 1, Kriket, Moto GP, Tennis, Golf, Hoki, dan Ragbi, barulah berita tentang Monsoon Cup. Dah… promosi Terengganu lagu mana weh….. nak kecek orang kampong bolehlah !…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan