13 Februari, 2007

Bercakap dengan orang kampong bolehlah Dato’ Deris......

BERNAMA, jam 15.56pm(3.56) 1 Disember, 2007, menyiarkan berita Dato’ Deris bercakap di kampungnya di Besut. Tajuk beritanya adalah “Penganjuran Acara Bertaraf Antarabangsa Berjaya Promosikan Terengganu”. Bukan main hebat tajuk tu, tapi cakap dengan orang kampong bolehlah Dato’ Deris ooii…..


Kenyataan tu kenyataan lucu. Main tembak, untuk ‘chong’ orang kampong. Orang kampong yang kurang maklumat, yang baca hanya akhbar-akhbar cetak media utama. Yang tengok TV yang jadi agen propaganda kerajaan. Berita-berita media utama semuanya dilapor oleh pelapor-pelapor yang diupah untuk melaporkan berita pro-kerajaan sahaja. Seorang rakan media memberitahu, dia malu menjadi orang surat khabar yang hanya jadi pelapor (reporter) bukannya wartawan (journalist).


Ada
tujuh buah agensi berita yang besar-besar, yang melaporkan dengan tepat dan pantas tantang berita-berita dari Asia. Mereka terdiri dari
Asia News Network, Channel News Asia, CNN Asia News, Yahoo Asia News, BBC Asia Pasific, Asia Times – South East Asia dan Topix Asia News. Semua media antarabangsa, pada waktu Monsoon Cup sedang berlangsung sekarang ini, tidak ada sedikit pun (walau hanya sedikit pun) berita tentang Terengganu dan ‘Monsoon Cup’ yang dijaja oleh pemimpin UMNO kehulu kehilir, nak tipu orang kampong.


Bukanlah kita nak angkat media-media Barat. Tapi kenyataannya dari segi kewartawanan, etika mereka lebih baik dari Malaysia. Sejak dari bermulanya Monsoon Cup tahun 2005, rupa-rupanya ramai dikalangan kawan-kawan orang surat khabar yang sudah menulis berkali-kali, beberapa kritikan tentang Monsoon Cup. Mereka menulis bagi membezakan antara kemewahan Kelab Teluk Warisan dengan kedhaifan orang kampong Pulau Duyong. Kesusahan nelayan yang tak dapat menambat bot di jeti kerana air ‘tohor’. Bot nelayan terlanggar tiang Marina, kerana alur tempat biasa mereka lalu untuk ke’laut’ menjadi sempit.


Kawan-kawan media beritahu, semuanya ada mereka tulis. Tapi tak pernah keluar. Malah diantara mereka yang menjadi marahan, sumpahan dan menerima ugutan dari ketua-ketua pengarang mereka yang diupah dan dikawal oleh UMNO dan Barisan Nasional di Kuala Lumpur.


Kita semua pun agak hairan juga. Jikalau Monsoon Cup ni benar-benar antarabangsa, mestilah berita ‘hebatnya’ akan disampaikan ke tujuh benua. Tetapi mana ‘media centre’ nya. Mana pusat media antarabangsanya. Ke pakai UKOM jer !


Takkanlah tidak di war-warkan oleh Dato’ Deris! Mustahil! Kutip sampah pun jadi rekod Malaysia, ‘gelek rim’ pun jadi berita hebat, takkanlah ‘International Media Centre’ untuk melaporkan terus berita Monsoon Cup ke tujuh benua, tak diumumkan langsung penubuhannya!


Mungkin Pak :Lah yang salah. Tersilap pilih sukan yang tak popular atau sengaja memilih sukan yang tak popular. Untuk bantu nelayan konon. Nak meningkatkan pendapatan nelayan di musim tengkujoh. Ye lah tu. Si Stephanie Khoo yang jadi kapten pasukan Monsoon Cup Malaysia tu, nelayan lah tu! Yang ramai-ramai kerja di Kelab Teluk Warisan tu, semua nelayan. Yang layan-layan orang di restoran Ulik Mayang tu, semua para nelayan yang tak dapat ke laut sebab musim tengkujuh!


Kalau nak bercakap tu, biarlah buat sungguh-sungguh Pak Lah! Kononnya pantang dicabar? Dari dulu memang ramai yang tahu, Dato’ Deris memang tak berapa terlibat dengan perancangan Monsoon Cup. Yang jadi ‘runner’ bagi mengaturkan segala-galanya adalah si Patrick Lim. Cukuplah Dato Deris, jangan biarkan si Patrick Lim tu heret kemana dia nak bawa. Nampak masa majlis perasmian hari tu pun si Patrick duk heret Dato’ Deris ke sana ke mari. Heret ke atas gi ke atas. Heret kebawah, gi ke bawah. Heret tengok kereta lumba Alex Yoong, gi lah tengok ! Lepas tu gi pulok ke atas ! Kan Dato’ Deris MB Terengganu? Bak pe nok lok ke Patrick Lim!


Memang sukan perahu layar ni tak popular. Bagi orang kampong, nak tunggu berjam-jam gasing berpusing pun dah bosan. Tapi main gasing ramai yang berahi. Sebab ia berakar umbi dari seni tradisi tempatan. Ada kekuatannya tersendiri. Begitu juga main wau. Ramai yang berahi tengok orang main wau. Tak ada lagi yang benar-benar menganjurkan ‘International F1’ Siri Wau. Mungkin lebih baik dari menganjur Monsoon Cup !


Sebab itulah kalau kita cari, mana-mana ‘sports news international’ – berita sukan antarabangsa melalui media sekarang le ni, tak jumpa pun pasal Monsoon Cup. Dalam ESPN yang di gembar-gemburkan menjadi media ‘Monsoon Cup International’ pun meletakkan Monsoon Cup ini dalam kolum ‘other sport’ – sukan-sukan lain selepas bolasepak,
Formula 1, Kriket, Moto GP, Tennis, Golf, Hoki, dan Ragbi, barulah berita tentang Monsoon Cup. Dah… promosi Terengganu lagu mana weh….. nak kecek orang kampong bolehlah !…