03 Disember, 2008

Apa Beza FEI-WEC dan Monsoon Cup

Dari segi pertandingannya, setiap pasukan akan berlepas dan bergerak sejauh 160km, samada ada berlari atau berjalan tanpa henti kecuali untuk pemeriksaan kuda dan penunggangnya.

Pasukan yang paling awal sampai ke garisan penamat setelah mengharungi perjalanan sejauh 160km, akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Manakala asal Kejohanan Perahu Layar Monsoon Cup difahamkan datang dari ‘kepala’ Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun kemudiannya perlaksanaannya diserahkan kepada kroni yang digelar oleh Tun Mahatir sebagai Patrick Badawi.

Tidak seperti FEI-WEC, paten kejohanan kuda lasak itu telah sedia ada, Monsoon Cup belum ada dan semuanya digerakkan oleh Patrick yang menjadi 'mastermind' dibelakang tabir.

Patrick telah pergi ke Australia bertemu dengan Peter Gilmour, seorang jaguh sukan lumba kapal layar dan bermulalah 'satu rekaan baru' bagi lumba perahu layar yang dinamakan sebagai Monsoon Cup.

Untuk membolehkan Monsoon Cup direalisasikan, Patrick dengan kuasa yang diberi oleh Perdana Menteri memilih dua lagi kroni bagi pihak kerajaan iaitu Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan Exco Infrastruktur, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh menjadi ‘partner’.

Justeru sebuah tempat perlumbaan mesti dibina dengan segala kemudahannya, maka telah dipilih Pulau Duyong sebagai tempat kejohanan tanpa satu infrastruktur yang ada.

Untuk mencapai hasrat Abdullah, rakyat Pulau Duyong yang duduk ditapak kejohanan Monsoon Cup telah dihambat keluar dan sebanyak RM200 juta dibelanjakan bagi membina Herirage Bay Club (HBC) serta kemudahannya dibina serta merta.

Yang hairannya, idea yang lahir dari Malaysia untuk menganjurkan Monsoon Cup ini telah dibawa kepada World Match Tour, sebuah badan yang dikatakan menganjurkan siri perlumbaan pelayaran professional dunia.

Sepatutnya, kerana ia adalah idea Malaysia, World Match Tour terikat dengan segala cadangan dan keputusan Malaysia, namun sebaliknya berlaku, kerajaan melalui penganjur yang dilantik iaitu T-Best Event Sdn Bhd pula yang terpaksa mengikat janji dengan World Match Tour.

Selain kos pembinaan infrastruktur Heritage Bay Club sebanyak RM200 juta, berjuta-juta ringgit lagi 'wang royalti minyak' dihumbankan ke muaras sungai, dibelanjakan untuk mendalamkan muara sungai Terenggan, ditambah dengan perbelanjaan pembinaan pemecah ombak (Break-Water) yang bernilai lebih setengah billion.

Selain penganjuran sukan kapal layar yang pelik, kerana hanya berlumba dalam ‘basin’ atau pun kolam, perbelanjaan bertambah dengan kerajaan negeri/pusat terpaksa memberikan RM20 juta setahun kepada T-Best Event Sdn Bhd untuk menganjurkan kejohanan itu.

Daripada jumlah hadiah sebanyak RM250,000 pada tahun 2005, Monsoon Cup menambah ganjaran sehingga kepada RM 1 juta pada tahun 2008.

Monsoon Cup yang diuar-uarkan sangat hebat dan bertaraf dunia, namun pada tahun ini hanya 12 pasukan sahaja yang mengambil bahagian, berbanding dengan kejohanan kuda lasak FEI-WEC yang disertai oleh 33 buah Negara dengan 148 peserta.

Sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar faham bagaimanakah kejohanan perahu layar Monsoon Cup dijalankan.

Begitu banyak perbezaan yang ketara antara dua kejohanan bertaraf dunia yang dianjurkan di negeri Terengganu itu.

Perbezaan yang nyata antara FEI-WEC dan Monsoon Cup dilihat dari cita-cita sorang pendokong dan ahli sukan kuda lasak, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri yang turut menyertai acara sukan itu.

Manakala samada Abdullah Ahmad Badawi, Idris Jusoh dan Wan Hisham adalah ahli politik dan bukan ahli sukan kapal layar, begitu Patrick Lim yang terkenal sebagai seorang peniaga yang mengutamakan keuntungan.

Dan yang paling jelas antara dua kejohanan itu pada tahun 2008, walaupun kedua-dua sejarah penganjurannya melibatkan Idris Jusoh, namun kini Idris tidak lagi memahat sejarah tetapi sudah menjadi sejarah !